Friday, 20 April 2012

Kaum Hawa Pergi Sembahyang Raya? Boleh ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku tujukan khas untuk kaum hawa di luar sana.Boleh ke perempuan pergi sembahyang raya?Apa hukumnya?
Jom sama-sama kita tengok ^_^


Sesuatu yang sering diperbincangkan ialah tentang keharusan wanita menunaikan solat hari raya di masjid, surau atau di tempat-tempat yang diadakan secara berjamaah. Alasannya ialah ia boleh mengundang fitnah, apatah lagi apabila wanita-wanita muda yang hadir ke masjid itu siap berpakaian berwarna-warni dan mengghairahkan! Sebenarnya, terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan fuqaha’ tentang keharusan wanita menunaikan solat hari raya secara berjamaah di masjid.

Dr Abdul Karim Zaydan melalui bukunya al-Mufassol fi Ahkam al-Mar'ati wa Bait al-Muslim telah membawa beberapa pandangan ulama’ mazhab mengenai perkara ini. Menurut pandangan ulama’ aliran mazhab Hanbali, tidak mengapa wanita keluar ke musolla untuk menunaikan solat raya. Ulama’ aliran mazhab Syafie pula menyatakan bahawa dimakruhkan bagi wanita yang mempunyai rupa paras yang menarik dan cantik daripada menghadiri solat raya, tetapi disunatkan bagi wanita yang selain daripada itu apabila mendapat keizinan suami.

Menurut ulama’ aliran mazhab Maliki dan Hanafi pula, mereka menyatakan tidak diharuskan bagi wanita untuk keluar menunaikan solat Jumaat dan solat hari raya kerana ia boleh menimbulkan fitnah yang merupakan sesuatu yang haram. Ini berdasarkan kaedah: ‘sesuatu yang boleh mendatangkan perkara haram, maka ianya adalah haram’. Akan tetapi, bagi wanita-wanita tua yang sudah lanjut umur, diharuskan bagi mereka untuk keluar ke tempat solat untuk menyaksikan serta menunaikan solat hari raya.

Sumber Asal : Syok-Blogger

Dah tahu?Ok assalamualaikum~
Item Reviewed: Kaum Hawa Pergi Sembahyang Raya? Boleh ke? Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com