Tuesday, 25 September 2012

5 Aplikasi Dock Terbaik Untuk Windows

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku nak share dengan korang 5 aplikasi DOCK menarik untuk windows.Terdapat banyak lagi aplikasi dock diluar sana tetapi aku akan senaraikan 5 dock yang terbaik antara semua.

Apa itu "dock" ?
dock adalah "application launcher" yang bertujuan untuk buka aplikasi dengan mudah.Selain itu ia juga dapat mencantikkan desktop korang dan memberi desktop anda kelihatan bersih.
Dock selalu dikenali di Operating System Mac OS X dan Linux.


Baiklah jom tengok 5 aplikasi Dock terbaik untuk windows kesayangan korang!

1. ObjectDock


Download : http://www.stardock.com/products/objectdock/

ObjectDock pada pendapat aku adalah yang terbaik.ObjectDock didatangi dengan 2 versi iaitu yang berbayar dan percuma.ObjectDock menawarkan fungsi menarik seperti efek khas,auto-hide,skin dll.Untuk versi yang berbayar pula menawarkan lebih banyak fungsi seperti "dock tab" .




2. RocketDock

Download : http://rocketdock.com/download

RocketDock jugak menarik kerana dapat dihias dengan sepenuhnya.Ia juga menawarkan feature menarik seperti smooth animations dan real time windows preview.Selain itu RocketDock juga dapat menggunakan add-ons yang menarik.Dan yang paling penting ianya FREE.



3. XWindows Dock

Download : http://xwdock.aqua-soft.org/

XWindows Dock adalah masih beta tetapi ia juga agak menarik.Ianya senang digunakan dan korang cuma perlu "drag n drop" icon dari desktop ke dock ini dan boom!Ia lebih kepada "simplicity".Feature seperti plugins masih sedikit tetapi terdapat 2 plugins yang menarik stack container dan gmail checker.





4. SliderDock

Download : http://sliderdock.wikidot.com/start

SliderDock adalah dock yang unik dan menarik kerana ianya tidak seperti dock lain yang hanya statik dan memanjang.Korang boleh letak seberapa banyak icon yang korang mahu dekat dock ini.Apa yang menariknya korang tidak perlu bersusah-susah mencari icon aplikasi untuk dilancarkan tetapi cuma perlu slide roda tetikus korang dan icon aplikasi akan bergerak secara "putaran" dan datang kepada tetikus korang.Sebelum menggunakannya pastikan desktop korang bersih kerana ia akan mewujudkan kekeliruan antara SliderDock dan icon di desktop.




5. Nexus

Download : http://www.winstep.net/nexus.asp#download

Nexus adalah dock yang paling hampir dan berfungsi seperti dock Mac OS X.Terdapat dua versi iaitu Free dan Ultimate(berbayar).Nexus menawarkan system tray support dan system monitor dan juga pelbagai efek mouse over yang menarik.Ianya juga senang digunakan.Menurut review di internet Nexus adalah dock yang paling power antara dock yang lain.



Setiap dock adalah berbeza-beza dan masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.Aku harap korang dapat jumpa dock yang sesuai untuk "jiwa" korang.
Harap korang enjoy...Assalamualaikum dan selamat ber-make up hahahah :P
Item Reviewed: 5 Aplikasi Dock Terbaik Untuk Windows Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com