Tuesday, 4 September 2012

Puaka Jalan Misteri Di Malaysia

jalan misteri di kediri


“Aduh, buat hal lagi keta ni.. sudahla tengah malam lagi.. jalan pun sunyi” Rungut Zana. Kepalanya hanya menggeleng-geleng melihat keretanya tersadai di jalan yang dikelilingi hutan tebal. Seram sejuk melihat dirinya berseorangan di hutan yang gelap yang hanya diterangi cahaya lampu dari keretanya. Hujan mula turun membasahi dirinya. “Aduh, hujan lagi, macam mana ni” keluh Zana seakan-akan ingin menangis. Tiba-tiba, Zana terlihat cahaya lampu samar-samar menuju ke arahnya.

Hujan makin lebat. Zana ingin masuk ke dalam kereta, tetapi memandangkan sesuatu menuju ke arahnya menyebabkan dia mematikan niatnya itu. “Syukurlah ada orang juga melalui jalan ini” bisiknya sendiri. Semakin lama cahaya lampu itu semakin jelas. Sebuah kereta begerak perlahan-lahan mendekatinya. “Gelap” itulah yang Zana katakan kerana sukar melihat siapakah di dalam kereta itu.

Perlahan-lahan tingkap kereta diturunkan. Serentak dengan itu, Boom, cahaya petir diiringi bunyi guruh yang kuat memecahkan keheningan malam tersebut. “Aahhh” teriak Zana terkejut. Amatlah seram tatkala melihat seorang lelaki tua yang berparut hodoh itu menampakkan dirinya.

Namun begitu, tenang lelaki tua itu melihat kelakuan Zana. seraya lelaki tua itu berkata “Rosak kereta nak?” Zana hanya mengangguk ketakutan. “Naiklah, lagipun anak tu sorang jak, tak elok juga memalam ni sesorang. Pakcik bawa ke pekan depan nun, tapi masih jauh sikit la. Cuma anak duk belakang ya, pintu depan ni dah rosak”, kata lelaki itu. “Ala, tak ingin juga ku duduk depan tu, takut” getus hati Zana. Tanpa berkata apa-apa, Zana terus masuk ke dalam kereta lelaki tua itu.

Sepi, itulah yang digambarkan sepanjang perjalanan itu. Zana lebih suka berdiam diri. “Anak wat pa juga jalan sesorang memalam ni? jumpa boyfren ke?” Zana tidak menjawab. Pandangannya hanya ke arah luar. Sedar dengan situasi itu, lelaki itu membuka mulut lagi, “Pakcik bukan apa nak, banyak dah kejadian pelik berlaku kat sini”,

“Kejadian macam mana tu pakcik?” Tiba-tiba Zana rasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut. Lelaki tua itu menyambung kembali ceritanya “Banyak makhluk halus di sekitar kawasan ini, suka mengangu orang yang melalui jalan ini. Selalunya menjelma dalam pelbagai bentuk, ada yang ingin minta tumpang kereta, ada kereta selalu memotong tapi tidak ada pemandunya, atau ada yang menumpangkan orang yang mengalami kesulitan”, terdiam seketika lelaki itu.

“Yang menyeramkan selalunya, pemandu yang menumpangkan kereta, sebab mereka suka cerita yang sebegini rupa” “lepas tu apa dorang wat pakcik?” celah Zana. “Mereka akan pandang ke belakang, dan akan menjengilkan mata” sambil lelaki tua itu memandang ke belakang. “Aaaarrggghhh”, teriak lelaki tua itu disambut hilaian tawa seorang wanita. Hihihihihihihi….
Item Reviewed: Puaka Jalan Misteri Di Malaysia Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com