Monday, 22 October 2012

Tips Membeli Laptop Untuk GAMING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak share sedikit tips untuk membeli laptop untuk tujuan gaming.Seperti yang korang tau selalunya gaming ni PC la sesuai.Tapi ada jugak yang sukakan laptop lagi.Dan kemudian bila beli laptop mahal2 tapi tak boleh main game.Rugi kan?Ok ni lah tujuan entry hari ini.
Tips ni aku copy paste dari JomPHP.

Kalau hendak bermain games di komputer, saya cadangkan anda beli satu desktop PC high end berbanding laptop atas beberapa faktor; antaranya performance yang lebih mantap dan dahsyat serta harga yang jauh lebih murah berbanding laptop.

Namun, ramai juga yang gemarkan untuk bermain games di laptop. Mungkin sebab mudah alih, dan juga tidak memakan ruang yang besar serta tidak memerlukan banyak wayar dan sebagainya.

Namun, kerap kali juga ramai melakukan kesilapan apabila memilih model laptop yang tidak sesuai untuk bermain games. Beli laptop harga RM3000 tapi bila main game mampu set kualiti low or medium sahaja, apakah? Sangat tidak berbaloi bukan? Kalau pandai pilih dan bajet laptop harga RM2000+ pun sudah boleh dibuat bermain games dengan sedap dan mantap.

Beberapa tips daripada saya ini akan menceritakan bagaimana tips memilih laptop untuk kegunaan gaming, semoga dapat membantu anda semua membeli laptop yang sesuai dengan keperluan.


Laptop Gaming Alienware dan Asus ROG

 

Terdapat model laptop yang memang dibuat untuk kegunaan gaming, antaranya modelAlienware dan juga Asus Republic of Gamers (ROG).

Apa yang membezakan laptop gaming ini dengan laptop model lain ialah dilengkapi specs yang melampau-lampau canggih dan laju; seperti


  • Mudah overclock dengan satu klik sahaja
  • Boleh control hardware seperti graphic card, ram, kipas, processor etc pada perisian khas untuk laptop gaming ini
  • Mempunyai kapasiti ram yang tinggi contohnya sokongan 32gig ram pada laptop Alienware
  • Mempunyai sistem cooling yang bagus dan mampu mengelakkan overheat biarpun anda melakukan overclock
  • Keupayaan pemprosesan graphic yang tinggi dan menggunakan graphic card model terkini dan high end. Boleh main mana2 games dengan high quality setting tanpa ada lag dan kecacatan graphic
  • Dilengkapi processor model terkini contohnya Intel Core i7 Sandy Bridge yang lebih laju dan menjimatkan penggunaan tenaga dan kurang panas
  • Screen full HD 1920x1080p dan juga sesetengah model menyokong fungsi 3D screen (memerlukan cermin mata khas)


Akan tetapi laptop gaming ini biasanya mempunyai harga yang sangat mahal, dan jarang orang mampu beli. Range harga bagi model laptop gaming ialah RM4500 ke atas dan ada model mencecah sampai RM8000 ke atas juga.

Untuk maklumat mengenai
laptop Dell Alienware : http://www.dell.com/my/p/alienware-desktops
laptop Asus ROG : http://rog.asus.com/


Membeli laptop berdasarkan performance

Ok, kalau anda pergi kedai komputer atau pc depot saya cadangkan anda tengok dulu performance laptop tersebut. Cara paling mudah ialah check pada “WEI” atau Windows Experience Index. Boleh right click pada komputer dan tengok bahagian properties kemudian tengok pada Rating.

Klik pada Windows Experince Index untuk melihat performance sesebuah laptop itu.



Paling penting anda kena tengok pada score processor dan juga gaming graphics. Score paling tinggi ialah 7.7 dan kalau sesebuah laptop tu mempunyai score 6 ke atas ianya boleh dikatakan sudah cukup bagus.

Jika anda ingin tahu secara terperinci boleh click pada “View and print detailed performance and system information”.


Sebenarnya ini score daripada PC saya, mungkin berbeza dengan score pada laptop tapi boleh digunakan sebagai panduan.


Memilih processor yang sesuai untuk gaming


Ada banyak jenis processor contoh intel Core i7, core i5, core i3, amd triple core, amd fusion dan sebagainya. Untuk tahun 2012 ini saya cadangkan beli sekurang-kurangnya core i3 atau core i5 untuk gaming. Kalau mampu bayar mahal sikit beli core i7 terus.

Core i5 dan Core i7 ada model yang mempunyai processor quad-core (4 teras). Kelebihan processor quad-core ialah keupayaan memproses yang sangat laju dan mampu multitasking dengan ringan. Kalau install game 10gig pun boleh siap dalam masa kurang 10 minit. Lagipun, masa main2 game berat boleh minimize maximize dengan cepat tanpa lag.

Cara nak tahu sesebuah processor tu ada quad-core ialah dengan tengok pada WEI seperti saya highlight di atas atau menggunakana device manager.


Pada device manager, expand pada bahagian processor dan tengok jumlah kalau ada 4 tu maknanya processor quad core.


Keperluan RAM untuk gaming

Laptop model baru biasanya menggunakan ram DDR3. Dan bagi saya jumlah minimum ram kena ada untuk laptop gaming ialah 4Gig. Kalau ada kurang daripada 4gig tak nikmat. Dulu komputer saya ram 2gig bila main game rasa kurang smooth sikit. Dah upgrade kepada 4gig baru sedap main games.

Kalau komputer anda beli tu kurang ram daripada 4gig harap boleh upgrade terus kepada 4gig atau lebih.

Kalau dah RAM 4gig ke atas anda haruslah menggunakan Windows 7 64 bit untuk lebih laju.


Graphic Card pada laptop

Pertama sekali, kalau niat anda beli laptop untuk gaming better lupakan terus laptop dengan graphic chipset Intel. Biar macam mana canggih sekalipun Intel promosi graphic chipset mereka namun kalau dikira dari segi performance bagai langit dengan bumi.

Pilih laptop yang mempunyai graphic card AMD/ATi dan NVidia sahaja. Kalau boleh tengok pada model graphic card yang baru2 contohnya AMD 6000 series (6XXX) dan Nvidia GT 5XX series (contohnya Nvidia 540M).

Kalau laptop tu ada Nvidia Optimus lagi bagus; sebab anda boleh switch antara graphic card Nvidia untuk gaming atau chip Intel untuk penjimatan bateri.


Hard Disk

Zaman sekarang dah ada model laptop guna Solid State Drive (SSD) jauh lebih laju dan bagus berbanding hard disk biasa. Tapi harganya masih lagi mahal untuk kapasiti kecil.

Hard Disk tidak banyak effect pada gaming, tapi adalah lebih penting anda menggunakan hard disk laptop berkelajuan 7200rpm berbanding 5400 rpm supaya disk transfer lebih laju.


Beberapa model laptop Gaming yang anda boleh consider

Sila google untuk specs penuh dan gambar :

  • Acer Aspire 5750G : RM2899 (Core i7, Nvidia 540M)
  • Acer Aspire 4830TG : RM2499 (Core i5, Nvidia 540M, + 8 jam bateri)
  • Acer Aspire 4750G : RM2199 (Core i5, Nvidia 520M)
  • Asus A43SV : RM2899 (Core i7, Nvidai 540M)
  • Asus N53SV : RM2599 (Core i5, Nvidia 540M, 15.6” screen)
  • Asus A53SV : RM2399 (Core i5, Nvidia 540M, 14” screen)

Secara jujur, saya lebih prefer Asus tapi model Acer yang 8 jam bateri tu nampak menarik juga.

Sila buat research sekurang-kurangnya 3hari atau seminggu sebelum beli laptop. Jangan pergi kedai baru nak fikir memang keliru la mana satu nak ambil.


Emulator Gaming

Kalau laptop anda ada specs yang power selain main pc games boleh juga main emulator contohnya PS2 dan Gamecube/Wii. Seronok main game2 lama tapi kualiti cantik berbanding main game konsol asal. Kira bonus la sempena ada spec power baik gunakan untuk tujuan gaming habis-habisan.


Harvest Moon Magical Melody : Gamecube


Zelda Twilight Princess (Wii) main pada resolution 1920x1080p


KOF Maximum Impact : PS2


Kalau main emulator di komputer atau laptop biasa mesti lag teruk dan graphic tak menarik. Kalau ada laptop gaming memang puas hati semua games anda boleh cuba.

Macbook Sebagai Laptop Gaming


Mungkin ada yang tanya, (Apple) Macbook Pro boleh main games tak?

Boleh, tapi kena install Windows buat dualboot dengan Mac tapi janganlah harap performance untuk gaming adalah bagus.

Macbook Pro model 13” keluaran 2011 (Sandy Bridge) namum malangnya hanya ada graphic Intel HD. Harga pun dah RM38XX kalau tak silap. Kena beli model 15” ataupun 17” baru ada dedicated graphic card daripada ATI. Tapi yang tu harga dah empat lima ribu ke atas rasanya.

Kesimpulannya, kalau hendak main games, haruslah guna laptop Windows sebab specs lebih bagus dan murah.

sumber : http://jomphp.com/tips-membeli-laptop-untuk-kegunaan-bermain-games.html

Untuk mendapatkan nasihat pakar boleh join group Mister Computer.Korang juga boleh membeli barangan pc,aksessori dan laptop dengan harga yang murah.
Link : Mister Computer Facebook Group

Itu saja untuk entry kali ini.Harap korang dap
at manfaat dari tips ni.Semoga berjaya dalam membeli laptop untuk gaming.Assalamualaikum....

Item Reviewed: Tips Membeli Laptop Untuk GAMING Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com