Monday, 17 December 2012

Tutorial Format Komputer Dan Install Windows 7



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ni aku nak share macam mana nak format komputer atau laptop sendiri.Mesti korang pernah tiba2 windows rosak, lepas tu nak kena hantar kedai format, dah melayang RM50.

Jadi hari ni aku nak ajar korang macam mana nak format komputer sendiri! lepas ni tak perlu lah hantar kedai dah hahahha :P

Tutorial ni diambil dari Sembang Komputer dan diedit sedikit oleh aku. 100% kredit kepada blog tersebut.
Ok jom mula.

Barang-barang yang diperlukan :


1. CD Windows 7

2. Komputer/laptop

3. Kesabaran


note : Mana nak cari cd windows 7 ? korang boleh beli di kedai2 komputer ataupun download je lepas tu burn masuk CD.boleh tengok di youtube.Maaf aku tak sediakan download.

Cara-cara nya :

1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7.

Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentang boot sequence, rujuk kepada artikel ini.

2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.




Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.






3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’




4) Tekan butang “Install now”




5) Pilih edisi Windows 7 anda di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.
note : x86 untuk 32bit dan x64 untuk 64bit.
Pilih berdasarkan kesesuaian pc anda.





6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.




7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.




8) Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.
note : partition ni adalah drive Hard disk korang.Selalunya akan ada 2 iaitu drive C dan drive D.Pilih drive C




9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.





10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.





Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.





11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.




12) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.




13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.

Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.





14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.




15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.




16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.




17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!




Tahniah! korang dah berjaya format komputer sendiri! weww selamat RM50 hehehe.Lepas ni boleh la korang buka service format komputer wkwkwk.

Ok Windows dah siap install, lepas ni korang cuma perlu install software basic untuk kegunaan harian.

Antara software tersebut :

1. Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira. 


2. K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video. 

3. 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi. 

4. Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet. 

5. Adobe Reader untuk membuka fail PDF.



Satu lagi jangan lupa install driver korang.sesetengah driver dia tak install.jadi korang kena cari la.

Rujuk artikel ini untuk install driver : Cara Nak Install Driver Yang Hilang Selepas Format

Baiklah itu saja untuk tutorial kali ini.semoga berjaya dan selamat format pc hehe.assalamualaikum
Item Reviewed: Tutorial Format Komputer Dan Install Windows 7 Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com