Monday, 3 June 2013

10 Antivirus Percuma 2013!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni aku nak share antivirus pula.
Komputer memang tak lengkap la kalau tak ada antivirus kan? (Kecuali pengguna LINUX :P) 


Makin hari makin banyak pulak virus baru muncul.Tapi antivirus ni bukannya murah nak beli (walaupun ada yang crack -_-) .

Jadi hari ni aku nak share 10 antivirus percuma edisi 2013 berserta link download! Ya betul tu PERCUMA.Jangan risau ni cara halal sebab dah memang free bukan nya pirate :P

Ok jom~

Top 10 Antivirus Percuma


1. Microsoft Security Essentials


Microsoft Security Essentials adalah antivirus percuma dari Microsoft.Antivirus ni bekerja di background jadi ia tak akan mengganggu korang.
Microsoft Security Essentials juga menggunakan system resource yang sedikit.



2. avast! Free Antivirus

Untuk versi 2013, avast! antivirus telah mengeluarkan Avast! 8.Versi ini telah dioptimasikan untuk pengguna Windows 8.
avast! antivirus juga selalu mengemaskini database virus untuk keselamatan penggunanya.avast! juga menawarkan UI yang mesra pengguna.



3. AVG AntiVirus Free


AVG antivirus tidak asing lagi di kalangan antivirus.AVG menawarkan perlindungan yang berkesan kepada penggunanya.AVG mudah diguna dan mesra pelanggan.Selain itu versi 2013 ini juga AVG telah mengoptimasikan interface baru yang mesra pengguna Windows  8.


4. Avira Free Antivirus


Avira  menawarkan banyak feature menarik dan UI yang senang digunakan. Selain itu Avira juga mempunya feature auto-update virus database yang mana berjalan di background.Avira juga berkerja tanpa mengganggu pengguna.


5. Panda Cloud Antivirus


Panda Cloud Antivirus adalah antivirus dari syarikat Panda Security.Apa yang menarik tentang antivirus ini adalah ianya secara "cloud".Antivirus ini bekerja secara "cloud" dan tidak menggunakan system processor pengguna.Panda Cloud Antivirus menawarkan Real Time protection dan sering mengemaskini database virus


6. Ad-Aware Free Antivirus


Ad-Aware antivirus adalah program dari Lavasoft.Ia mempunyai UI yang moden dan mesra pengguna.Selain itu Ad-Aware antivirus juga menawarkan perlindungan terhadap Malware dan mampu mengesan malware dengan berkesan.Antivirus ini juga menggunakan system resource yang sedikit dan tidak membebankan komputer pengguna.


7. ZoneAlarm Free Antivirus + Firewall


ZoneAlarm bukan sekadar Antivirus tetapi ia turut menawarkan perlindungan Firewall.ZoneAlarm mempunyai interface yang senang digunakan.Selain itu ZoneAlarm juga ringan dan lebih laju walaupun ZoneAlarm adalah gabungan Antivirus dan Firewall.ZoneAlarm Antivirus & Firewall menawarkan perlindungan maksima kepada penggunanya.

Download

8. Rising Antivirus

Rising Antivirus menawarkan pelbagai feature menarik dan perlindungan yang menyeluruh.Rising Antivirus mampu melindungi pengguna dari pelbagai jenis virus termasuklah virus-virus yang belum diketahui.


9. Kingsoft Antivirus


Kingsoft Antivirus menawarkan perlindungan secara cloud dimana antivirus ini tidak akan membebanda komputer pengguna.Antivirus ini juga melindungi pengguna secara menyeluruh.Kingsoft Antivirus sangat senang digunakan dan mesra pengguna.Selain perlindungan antivirus Kingsoft Antivirus juga disertakan dengan beberapa tools untuk mengoptimasikan komputer.


10. FortiClient



FortiClient antivirus bukan sahaja menawarkan perlindungan virus kepada pengguna komputer tetapi turut menawarkan kepada platform telefon pintar dan pengguna Mac.FortiClient lebih kepada perlindungan internet.Selain itu FortiClient juga ringan dan senang digunakan.

Item Reviewed: 10 Antivirus Percuma 2013! Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com