Thursday, 6 June 2013

3 Cara Nak Lajukan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak share 3 cara nak lajukan internet korang.Suka? Mestilah suka kan :P
Ketiga-tiga cara ni boleh digunakan tak kira lah korang guna WIFI , Broadband, ataupun Dial-up.

Ok malas aku nak intro panjang2 jom layan....



1. Ubah Setting dengan TCP Optimizer




TCP Optimizer ni korang tak perlu install pun.Cuma download dan run saja.Dengan perisian ni korang boleh ubah setting-setting yang ada dalam komputer dengan mudah.Korang boleh pilih kelajuan internet yang korang nak.Contoh Internet korang lajunya 5mbps, jadi korang cuma perlu tarik slider yang ada dalam TCP Optimizer ni ke 5mbps dan Apply changes.Korang mungkin kena restart komputer.


Software ni direka oleh SpeedGuide dan software ni direka untuk melajukan internet dan broadband.TCP Optimizer ini sangat senang digunakan walaupun bagi newbie dan yang tidak mahir menggunakan komputer.

Download : TCP Optimizer

Dibawah aku ada sediakan setting yang berkesan untuk lajukan internet.Setting ni dikongsikan oleh blogger aku punyer lah! :



1. Setelah software tersebut di buka, pada tab Connection Speed, setkan nilai kepada 100+Mbps
2. Setkan Network Adapter Selection korang kepada connection yang korang guna. [Pilih yang seperti dalam gambar]
3. Pada tab Choose Setting, pilih "Custom" sehingga tab MTU boleh diedit
4. Setkan nilai 1440 di kotak MTU seperti dalam gambar diatas.
5. Tick menu "Optimal" di Choose Setting dan klik "Apply Changes"
6. Apabila keluar satu windows yang baru, klik "OK"
7. Restart PC/Laptop anda.



2. Cari dan Guna DNS Terlaju




Apa itu DNS dan Apa kesan kepada internet?



Komputer menggunakan alamat IP untuk menyambung antara satu sama lain. Alamat IP adalah satu siri nombor yang bertindak sebagai alamat digital yang membolehkan komputer untuk menghantar maklumat secara berulang-alik antara komputer anda dengan Internet. Apabila anda melihat IP, anda dapat melihat rentetan panjang nombor yang mudah untuk komputer ingati, tetapi ia bukan dibuat untuk manusia (jadi, sukar untuk kita mengingatinya. Jadi, untuk memudahkan manusia, sistem DNS dicipta.)

Senang cerita DNS ni untuk memudahkan kita hafal URL seperti www.reaperz.net daripada nak hafal IP yang panjang.

Setiap pembekal talian internet mempunyai DNS mereka yang tersendiri.Tetapi bukan semuanya laju.Jadi apa yang kita nak buat ialah tukar DNS asal kepada DNS yang lebih laju iaitu DNS yang terdekat dengan kawasan kita.

Macam mana nak cari dan guna DNS yang lebih laju?

Gunakan Namebench ataupun DNS Jumper.

Untuk tutorial menggunakan Namebench korang boleh tengok di SINI .


3. Gunakan Browser yang Lebih Laju



Setiap browser mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Ada browser yang laju dan ada yang tidak.
Sebagai contoh di dalam browser test yang dijalankan oleh Toms Hardware, kita dapati bahawa pelayar Internet paling baru dan paling laju ialah Google Chrome. Tetapi, jika anda memerlukan addons yang ada di dalam Firefox, anda juga boleh download dan installnya sebagai browser kedua anda.

Download :
Google Chrome

Mozilla Firefox
Opera
Safari for Windows

Baiklah itu saja 3 Cara Nak Lajukan Internet.Kalau aku ada jumpa lagi tricks aku akan share.Kalau korang pun ada tricks menarik share lah :P
3 Cara ni mungkin tak berkesan pada semua orang.Kalau nak betul2 laju, subscribe la ke internet yang lagi laju :P
Ok semoga berjaya dan enjoy...


Sumber : Kokotiam


Item Reviewed: 3 Cara Nak Lajukan Internet Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com