Sunday, 2 June 2013

Cara Membuat Software Portable

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ni aku nak ajar korang cara nak buat software portable sendiri.

Software portable? Untuk yang belum tahu software portable ni adalah software yang kita tak perlu install untuk guna.Cuma click dan boleh terus guna.Software portable ni selalunya adalah kecil dari segi saiz dan sangat berguna untuk yang ingin menggunakan software dimana-mana sahaja sebabnya boleh dimasukkan ke dalam pendrive :)


Baiklah jom mula :D

1. Mula-mula korang download software Cameyo di lama web rasmi Cameyo : Cameyo

2. Lepas dah download, buka software cameyo tu.Korang tak perlu install pun sebab software Cameyo ni pun dalam bentuk portable.
Lepas buka akan keluar macam ni :




Sekarang korang kena register account Cameyo.
Isi e-mail, password dan confirm password. 
Tanda I will mostlu use Cameyo for : Personal
Lepas tu register!

3. Lepas dah verify email sekarang korang login account Cameyo korang di software Cameyo.Click I already have an account :




4. Lepas dah login akan keluar macam gambar dibawah :


Click Capture app locally (gambar kamera)
lepas tu akan keluar popup dekat System Tray komputer korang.Rujuk gambar :



Tunggu sampai dia habis scan.


5. Selepas dah habis scan, akan keluar macam ni :



Sekarang korang kena install software yang korang nak tukarkan kepada portable.Dalam tuto ni aku akan install software Notepad ++.

6. Selepas dah install korang click Install Done dekat popup Cameyo tadi.Cameyo akan scan lagi sekali.



Tunggu sampai siap dan akan keluar popup Success :


Kalau keluar popup macam ni, maksudnya Cameyo dah berjaya create software portable korang tu.Korang boleh guna terus software portable korang tu atau click Edit package untuk edit software portable korang tu.


Untuk tengok hasil software portable korang tu korang masuk ke Documents > Cameyo. dalam folder ni ada software portable korang tu!



Software portable yang korang buat tadi dah boleh digunakan dimana-mana sahaja!
Selamat berjaya....

Download Notepad++ Portable yang aku buat tadi : Notepad++ Portable

Item Reviewed: Cara Membuat Software Portable Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com