Wednesday, 12 June 2013

Sembunyikan Fail Dalam Gambar Dengan Steganography


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak share cara nak sembunyikan fail dalam gambar.
Kaedah ni lebih dikenali dengan nama Steganography.


Apa itu Steganography?

Steganography ni secara mudahnya ialah satu cara untuk menyampaikan mesej tersembunyi perkataan Steganography berasal dari perkataan greek iaitu 'steganos' dan 'graphein' iaitu bermaksud "diselubungi" dan "tulisan". Secara ringkasnya Steganography ialah "tulisan yang disembunyikan".

Dalam tutorial ni aku akan ajar cara nak sembunyikan fail ke dalam gambar atau steganography dengan cara MANUAL. Kalau korang rajin google memang banyak software untuk buat steganography ni.Tapi untuk lebih paham tentang steganography ni jom try cara manual.

Baiklah jom!

Apa yang diperlukan :

- Gambar apa-apa saja (dalam tuto ni aku guna format .jpg)
- file yang nak disembunyikan
- WinRAR (kalau tak ada DOWNLOAD)

- CMD (dah siap ada dalam Windows. Start > Accessories > Command Prompt)
- Otak

1. Baiklah mula-mula korang buat satu folder baru.
Sebagai contoh untuk tutorial ni aku akan namakan folder reaperz.


2. Kemudian copy dan paste gambar yang korang nak ke dalam folder reaperz .rename gambar tu jadi apa-apa. 
Dalam tutorial ni aku akan rename jadi rahsia.jpg.

note: jangan ubah format/extension gambar!

3. Buat folder baru di dalam folder reaperz tadi. Rename folder baru tu jadi rahsia.

Sekarang korang kena copy dan paste fail yang korang nak sembunyi ke dalam folder rahsia .

4. Lepas tu korang right click pada folder rahsia dan "Add to rahsia.rar" .

note : rahsia.rar ni akan jadi fail yang korang akan masukkan ke dalam gambar tu.



5. Sekarang korang kena buat satu file cmd. Buka notepad dan copy dan paste code dibawah :

@echo off
copy /b IDM.jpg+IDM.rar Mr.Hac.jpg
echo complete
pause
end


Save ke dalam folder reaperz.
Save sebagai all files dan file name sembunyi.cmd



6. Sekarang folder korang akan ada macam dalam gambar :




rahsia.rar adalah fail yang korang nak sembunyikan ke dalam gambar. reaperz.jpg adalah gambar asal.sembunyi.cmd adalah fail untuk melakukan proses steganography kita.

7. Sekarang korang cuma perlu klik pada sembunyi.cmd dan akan keluar CMD. kemudian satu gambar baru berjaya.jpg akan muncul. Gambar ini adalah hasil daripada gabungan fail ke dalam gambar.



8. Untuk membuka fail yang kita sembunyi dalam gambar tu, right click pada berjaya.jpg dan "Open With : WinRAR Archiver"


9. Korang juga boleh rename file berjaya.jpg kepada berjaya.rar.
kemudian right click dan extract macam biasa :)

Itu saja untuk tutorial kali ini.kalau tak faham boleh komen di bawah.Korang juga boleh try google software steganography ni.ada juga yang Online.
Ok selamat berjaya!

Sumber : OMG!Hackers?


Item Reviewed: Sembunyikan Fail Dalam Gambar Dengan Steganography Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com