Thursday, 27 February 2014

5 Alternatif Kepada Android Google Play Store



Bagi pengguna telefon pintar Android, korang boleh download aplikasi atau game dengan Google Play Store yang dah tersedia ada. 

Tapi, kadang-kadang tak semua apps dan games ada di Play Store. Sesetengah apps jugak tidak boleh di download dengan sesetengah phone sebab apps tu tak compatible dengan phone korang. 
Dan lagi satu yang tak best nya apps dan games best2 kat Play Store kebanyakannya berbayar.

Jadi hari ini aku nak share dengan korang 5 alternatif kepada google play store.

Sumber rujukan : OMG! Hackers?

1. Mobilism Market



Dari sudut tampilan, rasanya ia agak baik, ringkas, dan mudah difahami. Cuma beza antara Mobilism Market dengan Black Market yang lain ialah ia tidak menawarkan fungsi muat turun secara terus. Anda akan diberi pautan luar seperti DepositFiles, Uploaded.net, Filejungle dan sebagainya.

2. Aptoide




Ini adalah Market kegemaran saya, selepas Snappzmarket dibubarkan. Ia menggunakan konsep repositori, dan setiap aplikasi yang ingin anda muat turun akan tersenarai sekiranya terdapat di dalam repositori yang anda gunakan. Selain itu, ia menawarkan kemudahan muat turun secara terus dari aplikasi Aptoide tersebut. Anda juga boleh mencipta 'stor' anda sendiri dan berkongsi mana-mana aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit anda.

Anda boleh mengoptimumkan penggunaan Aptoide dengan memasang aplikasi Aptoide Uploader, Aptoide Repos, dan Bazaar News & Aptoide. Aptoide Uploader berfungsi sebagai pemuat naik aplikasi yang berada pada peranti anda, jika anda mahu kongsikannya pada stor anda sendiri. Aptoide Repos pula bertindak sebagai pengemaskini repositori, dan Bazaar News pula adalah sumber aplikasi yang terdapat pada Aptoide.



Selain antaramuka yang ringkas, kemudahan muat turun secara terus, ia juga membolehkan anda periksa sekiranya terdapat kemaskini untuk aplikasi yang anda gunakan. Namun, harus diingat ia masih lagi versi beta, jadi ia amat mudah crash, kelajuan muat turun juga adalah perlahan.




1Mobile Market adalah alternatif yang sangat menarik. Ia menawarkan antaramuka yang mesra pengguna. Apa yang menariknya, ia juga mempunyai kemudahan download secara terus dari laman rasmi 1Mobile Market. ia juga mempunyai kemudahan auto update yang membolehkan applikasi dalam telefon pengguna update secara automatik.



PandaApp mempunyai pelbagai aplikasi dan games menarik yang tak terdapat dalam Google Play Store.PandaApp juga mempunyai aplikasi dan games yang percuma. Selain itu antaramuka PandaApp juga senang digunakan.PandaApp juga mengelaskan aplikasi dan games mengikut banyak kategori.


Item Reviewed: 5 Alternatif Kepada Android Google Play Store Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com