Monday, 17 February 2014

Apa itu Bitcoin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry hari ini aku nak bincangkan tentang BITCOIN.

Mungkin dah ramai yang selalu dengar Bitcoin kan? tapi korang pun tak tahu apa itu bitcoin .... Jadi hari ini aku nak terangkan kat korang tentang Bitcoin ni...


Apa Itu Bitcoin ?

Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank. Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah dan murah.

Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.

Bagaimana Bitcoin Bermula ?

Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang dipercayai berbangsa Jepun. Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang tidak wujud sebenarnya. Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar yang mewujudkan matawang ini.

Bagaimana Mendapatkan Bitcoin ?

Bitcoin ini boleh dicipta melalui satu aplikasi yang dipanggil Bitcoin Miner. Dengan membuat ‘kerja’ di situ anda akan diberikan Bitcoin. Kerja bermaksud membuat aktiviti teknikal yang memakan masa. Klik di sini untuk baca lebih lanjut.

Bagaimana Bitcoin disimpan ?


Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet, website seperti bank online atau paypal yang biasa anda gunakan. Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima duit. Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada alamat email dan password anda.

Apa Yang Boleh Dibeli dengan Bitcoin ?

Kebanyakkan kedai-kedai online di internet sudah mula untuk menerima pembayaran melalui Bitcoin. Buat masa ini anda boleh membeli games, t-shirt, alat musik, alat mainan, ebook dan jutaan barangan lain.




Sila klik di sini untuk melihat senarai website-website yang menerima Bitcoin sebagai salah satu matawang yang diterima.

Berapa Nilaian Bitcoin ?

Nilai terkini Bitcoin :





Nilai Bitcoin buat masa ini belum lagi stabil. Ia pernah turun serendah USD 2 dan pernah naik setinggi USD 6. Harga semasa Bitcoin adalah USD 4.00. Trend semasa menunjukkan matawang ini akan menjadi stabil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi.



Baiklah itu saja untuk kali ini, nantikan entry seterusnya, aku akan ajar korang pula cara nak dapatkan Bitcoin dengan FREE!
Item Reviewed: Apa itu Bitcoin? Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com