Tuesday, 25 February 2014

Baju Perang "Iron Man" Tentera AS Sedia Diuji Jun Ini


Prototaip pertama baju perang berteknologi tinggi yang mampu memberikan kemampuan super siap diuji musim panas ini. 

Baju perang seperti superhero rekaan Marvel Comics Iron Man ini akan dihantar ke pasukan operasi khas pada awal Jun ini.


Menurut laporan Military.com, baju bernama Tactical Assault Light Operator Suit atau TALOS itu sedang dikembangkan para jurutera di MIT, US Army Research Development and Engineering Command (RDECOM), dan peneliti di bisnes lain dan institusi akademik. 

TALOS dirancang untuk memberikan perlindungan dari peluru dan dilengkapi dengan berbagai sensor dan kamera.

TALOS akan diuji secara ketat. "Kami berharap memiliki yang beroperasi di lapangan menjelang Ogos 2018" ujar Laksamana William McRaven, Ketua Komando Operasi Khas AS.

"Jika baju perang ini dibuat dengan betul, ia akan dapat menghasilkan peningkatan yang  revolusioner dalam kemandirian dan keupayaan bagi operator khas," kata McRaven.

Sut perang ini dikatakan mempunyai fungsi seperti kamera 360 darjah berserta night vision. Baju perang ini jugak mempunyai sensor yang dapat mengesan kecederaan dan kemudian mengeluarkan bebuih yang mampu menyelaputi luka. Fungsi hebat yang lain ialah baju perang ini adalah kalis peluru.

TALOS dilengkapi dengan kerangka luar penuh dan lengkap dengan skrin yang memaparkan informasi tentang keadaan sekeliling tentera.

Video TALOS :






Item Reviewed: Baju Perang "Iron Man" Tentera AS Sedia Diuji Jun Ini Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com