Thursday, 20 February 2014

Facebook Membeli Whatsapp dengan Harga $16 billion

Facebook membeli whatsapp

Assalamualaikum. Facebook telah mengemparkan dunia dengan pengumuman yang mereka akan mengambil alih Whatsapp, aplikasi chatting yang terkenal.

Pengumuman ini dibuat oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg melalui status Facebook beliau, di SINI.



Facebook telah membeli Whatsapp dengan harga $16 billion. Langkah ini dikatakan sebagai strategi untuk Facebook mendominasi dunia permesejan alam maya. Hal ini kerana Facebook sudah kehilangan pengguna remaja yang kini banyak menggunakan applikasi chatting seperti Whatsapp, Wechat dan Snapchat daripada menggunakan Facebook Messenger.

Turut diumumkan, CEO WhatsApp ,Jan Koum yang akan turut menyertai lembaga pengarah Facebook.


Pembelian Whatsapp oleh Facebook bukanlah menandakan tamatnya perkhidmatan Facebook Messenger, sebaliknya menurut CEO Facebook, Mark Zuckerberg, kedua-dua perkhidmatan adalah untuk ditujukan kepada dua golongan pengguna dengan keperluan yang berbeza.

Mark Zuckerberg telah menghubungi Jan Koum pada 9 Februari yang lalu untuk menyatakan hasrat untuk membeli Whatsapp.

Pembelian ini akan dilakukan dengan membayar $4 bilion dalam bentuk tunai, $12 bilion dalam bentuk saham Facebook. Facebook juga akan memberikan tambahan $3 bilion dalam bentuk unit saham yang terbatas – menjadikan jumlah keseluruhan sekitar $19 bilion.


Item Reviewed: Facebook Membeli Whatsapp dengan Harga $16 billion Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com