Wednesday, 26 February 2014

Razer Blade Koenigsegg Limited Edition


Razer telah mengumumkan perjanjian rakan kongsi bersama syarikat pengeluar supercar Sweden, Koenigsegg.

Hasil pertama dari perjanjian rakan kongsi ini? Komputer riba Razer Blade bertema Koenigsegg.



Razer Blade limited edition ini menampilkan beberapa perubahan pada fizikal laptop iaitu logo Razer akan digantikan dengan lencana Koenigsegg di bahagian penutup laptop.
Selain itu, garisan hijau juga ditambah disamping lencana Koenigsegg itu justeru memberikan wajah baru kepada Razer Blade.



Razer Blade limited edition ini akan dilengkapi dengan Intel Core i7 quad-core CPU, Nvidia GTX 765M GPU, 8 GB of DDR3 memory, dan 512 GB SSD.

Razer Blade Koenigsegg ini akan diperkenalkan di Geneva International Motor Show pada bulan Mac. Razer Blade ini akan dipamerkan bersebelahan dengan Koenigsegg Agera R 2013.



Model Razer Blade Koenigsegg ini bukan untuk dijual, jadi hanya segelintir dari peminat Razer dan Koenigsegg saja yang dapat memilikinya.

Razer sedang mengadakan giveaway laptop Razer Blade Koenigsegg ini di laman web Razer. Korang boleh sertainya di SINI.

Razer berkata akan mengeluarkan lebih banyak produk bersama Koenigsegg pada masa akan datang.


Item Reviewed: Razer Blade Koenigsegg Limited Edition Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com