Thursday, 6 March 2014

Cara Menaikkan Facebook Page Likes dengan AddMeFast

trik tingkatkan likes facebook page

Facebook Page atau Fanpage memainkan peranan yang buat peniaga dan blogger. Ini kerana melalui page facebook, pembaca dan pelanggan dapat mengetahui update yang terkini dari korang.
Tapi kalau page facebook likes kurang, jadi macam tak ada fungsi pun page tu.

Jadi LIKEs di fanpage facebook memang memainkan peranan yang penting. Tapi jangan risau, hari ini aku nak share satu teknik untuk menaikkan likes secara PERCUMA!
Dengan menggunakan teknik ini anda boleh tingkatkan fan page anda kepada beribu-ribu dalam masa 24 jam.

Selepas belajar teknik ini korang boleh menggunakannya untuk menaikkan likes fan page sendiri, atau tawarkan servis naikkan likes pada orang lain.

Berminat? Teruskan membaca entry ini!

sumber : HakimiNurazlan.com

Rahsianya adalah dengan menggunakan servis AddMeFast. Jangan risau, semuanya adalah PERCUMA.

Servis AddMeFast (AMF) adalah satu servis yang amat mudah untuk digunakan. Secara kasarnya, anda memberi dan orang lain akan memberi. Anda like page orang lain dan orang lain akan like page anda. Ia adalah satu sistem “give and take”.

Bagaimana Untuk Menggunakan Servis AddMeFast

Anda hanya perlu daftarkan diri di AddMeFast dan kemudian anda sudah bersedia untuk tingkatkan Facebook Page likes anda. 

Layari AddMeFast dan kemudian daftar. Sila rujuk pada gambar di bawah.



AddMeFast ialah satu sistem pertukaran point. Selepas anda berjaya mendaftar, anda akan diberi percuma 50 points. Apa yang perlu anda lakukan selepas ini hanyalah like page orang lain untuk mendapatkan points. Kemudian anda berikan points itu kepada orang lain apabila orang lain like page anda.

Selain daripada Facebook Page anda juga boleh tingkatkan fan atau follower di servis-servis yang lain, sebagai contoh Twitter, Instagram, Pinterest dan lain-lain. Sila rujuk gambar di bawah.


Di sini saya akan berikan contoh menggunakan AddMeFast hanya untuk Facebook Page likes.

Langkah-Langkah Menggunakan Sistem AddMeFast
Langkah Pertama:

Pertama sekali anda perlulah login dalam akaun Facebook anda. Anda bolehlah menggunakan akaun sendiri ataupun buat satu akaun baru. Saya cadangkan untuk buat satu akaun baru. Kemudian buka tab baru dan login dalam akaun AddMeFast anda. Kemudian klik Add Site/Page.



Langkah Kedua:

Masukkan page anda di dalam setting berikut.


  • Type: pilih Facebook Likes
  • Countries: pilih Malaysia untuk dapatkan likes daripada orang Malaysia (kalau anda nak likes daripada seluruh dunia, anda boleh letakkan setting Worldwide)
  • Title: letakkan tajuk page anda
  • Site/Page URL: tulis URL Facebook page yang anda hendak naikkan likes, contoh: https://www.facebook.com/facebook_fan_page_anda
  • Total Clicks: Letakkan jumlah likes yang anda perlukan untuk page anda, contoh 1000, 10000 atau 20000
  • Daily Clicks: Jumlah klik untuk sehari, jika sehari anda hendak naikkan sebanyak 100 likes sahaja, letakkan 100. Saya letak 200 sehari
  • CPC (Cost Per Click): Berapa points yang anda hendak berikan kepada orang lain. Biasanya saya letak 9 points. (lebih tinggi points lebih kerap anda muncul di dalam sistem AddMeFast untuk orang lain like page anda)

Apabila sudah selesai, tekan Save Changes. Facebook Page anda akan dimasukkan dalam sistem AddMeFast dan bersedia untuk di like oleh orang lain. Anda biarkan sahaja begitu dan page anda akan automatik di like mulai sekarang (selagi anda mempunyai points). Klik My Sites untuk melihat senarai page yang anda telah masukkan.



Langkah Ketiga:

Anda juga perlu tambahkan points untuk akaun anda. Klik pada Facebook Likes. Rujuk pada gambar di bawah.



Langkah Keempat:

Apa yang anda perlu buat hanyalah like page orang lain. Apabila anda like page orang lain anda akan dapat points. Klik pada butang like yang berwarna hijau. Kemudian popup akan muncul. Klik Like. Kemudian tutup page tersebut. Jika anda lambat tutup, page akan tertutup dengan sendirinya tetapi anda tidak memperolehi points. Anda perlu tutup popup tersebut segera selepas like page orang lain.



Ulangilah like page orang lain sehingga anda mendapat points yang tinggi. Di bawah adalah points yang saya dapat setelah like banyak kali.


Pastikan anda sentiasa mempunyai 2000 points ke atas supaya page anda sentiasa boleh di like oleh orang lain. Setiap kali orang lain like page anda, anda akan memberi points kepada orang tersebut. Jika anda kehabisan points, page anda akan dikeluarkan daripada sistem AddMeFast untuk sementara waktu sehingga anda perolehi points.

Secara rumusannya, ikuti langkah-langkah ini untuk menggunakan sistem ini.

  1. Login akaun Facebook anda. Buka tab baru dan kemudian login akaun AddMeFast anda.
  2. Masukkan page dalam setting
  3. Klik Facebook Likes
  4. Like page orang lain
Itu sahaja!

Bagaimana Jika Anda Malas Nak Like Berkali-Kali Untuk Mendapatkan Points?

Pastikan anda mencuba dahulu sistem ini. Barulah anda akan faham konsepnya. Selepas itu bolehlah anda rujuk pada topik ini untuk cara mendapatkan points secara percuma.

Terdapat empat cara yang boleh anda buat jika anda tidak rajin atau dalam erti kata lain malas nak like banyak kali.

Pertama, anda boleh dapatkan 150 points setiap hari dengan Daily Bonus.


Tetapi terdapat satu syarat: anda perlulah like page orang lain sebanyak 20 kali. Setelah anda like page orang lain sebanyak 20 kali, klik pada Daily Bonus dan dapatkan 150 points secara percuma. Anda boleh lakukan ini hanya sehari sekali.

Kedua, anda bolehlah membeli points tersebut dengan wang ringgit. Tetapi, cara ini amatlah tidak digalakkan oleh saya. Simpan duit anda itu dan belanjakan pada tempat yang lebih berbaloi!



Ketiga, dengan memperkenalkan sistem ini kepada orang lain. Anda boleh memperolehi 300 points setiap kali orang lain daftar menggunakan sistem AddMeFast melalui anda. Lihat pada sudut kiri bawah anda akan dapat melihat link referrals anda. Copy link ini dan kemudian paste di mana-mana forum atau mana-mana yang anda hendak promosikan sistem AddMeFast. Apabila orang daftar melalui link ini anda akan perolehi 300 points.


Kesimpulan

Kesimpulannya, ini adalah cara paling mudah untuk naikkan likes page anda. Tetapi harus saya ingatkan bahawa kualiti fans dan likes anda tidaklah begitu bagus. Ini kerana kebanyakan mereka yang like page anda adalah orang yang menggunakan sistem AddMeFast seperti anda juga.

Walaupun anda memperoleh 10000 likes, tetapi fans anda tidak akan berinteraksi di page anda. Saya tahu kebanyakan servis naikkan likes mempromosi dengan mengatakan bahawa orang yang like page anda adalah orang yang sebenar, bukan bots, target market dan dari Malaysia, sebenarnya tidaklah begitu tepat.

Kepentingan untuk mendapatkan likes adalah supaya page anda nampah gah kerana mempunyai beribu likes, sekaligus memberi persepsi bahawa produk atau servis anda amat popular dan sedang digunakan oleh orang ramai.

Ini akan memberi keyakinan orang ramai supaya like page anda dan seterusnya akan membeli produk atau servis anda. Itulah tujuan sebenar untuk tingkatkan likes di Facebook page.

Item Reviewed: Cara Menaikkan Facebook Page Likes dengan AddMeFast Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com