Saturday, 8 March 2014

Microsoft Bakal Memperkenalkan DirectX 12, Dijangka Hadir Di Windows 9

DirectX 12 bakal diperkenalkan


Microsoft nampaknya telah bersedia untuk memperkenalkan versi terbaru DirectX 12 di acara Game Developer Conference (GDC) pada 20 Mac 2014 nanti. Hal ini terlihat dari teaser yang ditampilkan di halaman muka blog MSDN. Teaser tersebut menunjukkan logo DirectX 12 dan beberapa logo daripada beberapa syarikat terkemuka, termasuk Intel, AMD, NVIDIA dan juga Qualcomm – sekaligus memberikan idea yang mana pengeluar cip pemprosesan ini akan menyokong API DirectX baru ini.

DirectX merupakan koleksi API daripada Microsoft dalam memudahkan pembangun lain menggunakannya untuk mengendalikan pelbagai tugasan berkaitan multimedia – terutamanya berkenaan permainan. 

“Selama hampir 20 tahun, DirectX telah menjadi platform yang digunakan para pengembang game untuk menciptakan game terpantas, dengan visual grafik yang paling hebat di planet ini. Tetapi Anda meminta kami untuk membuat lebih banyak. Anda meminta kami untuk menghadirkan tool yang lebih baik sehingga Anda boleh menggunakan keseluruhan kemampuan dari PC, tablet, telefon, dan console, hingga ke perform terbaiknya,” demikian pernyataan dari blog tersebut.

Sementara DirectX 12 bakal diperkenalkan pada Mac ini, para pemerhati dan developers
 mengatakan bahawa versi terbaru itu akan hadir pada Windows generasi seterusnya, iaitu Windows 9.

Jika melihat ke belakang, Windows 7 merupakan sistem operasi terakhir yang membawa perubahan besar pada DirectX. Pada Oktober 2009, Microsoft melepaskan DirectX 11, sementara DirectX 11.1 sudah disertakan pada Windows 8. Dan Windows 8.1 yang dilepaskan pada Oktober 2013 datang dengan DirectX 11.2, seperti juga pada Windows Server 2012 R2.

Windows 9 yang diharapkan hadir pada April 2015 diyakini bakal membawa perubahan besar. Terlebih lagi tampilan Modern UI akan lebih dioptimalkan guna membawa aplikasi Metro ke desktop agar jauh lebih efektif. Akibatnya, peluncuran DirectX 12 pada Windows 9 merupakan hal yang paling masuk akal.

Item Reviewed: Microsoft Bakal Memperkenalkan DirectX 12, Dijangka Hadir Di Windows 9 Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com