Tuesday, 11 March 2014

ZTE dan The9 Akan Lancarkan Konsol Permainan Video


ZTE The9, hasil usahasama syarikat pembuat telefon pintar terkemuka dari China, ZTE dan syarikat pembina permainan video atas talian, The9 , merancang untuk melancarkan konsole permainan video TV atau gaming console buatan mereka pada bulan ini.

Konsol permainan video ini yang diberi nama Fun Box akan membawakan permainan video online dari The9.





Konsol ini akan dikuasakan dengan enjin permainan video berasaskan Android, dan produk ini juga akan dilengkapi dengan prosesor Nvidia Tegra quad -core 1.9GHz , 72 unit Nvidia GeForce GPU, 2GB RAM, USB port, micro- USB port, dual-band Wi-Fi  dan menyokong 4K video definisi tinggi. CEO syarikat, Zhu Jun juga berkata konsol Fun Box akan mempunyai Gamepad Bluetooth dengan graviti dan sensor getaran.

Pengguna juga boleh menonton video berdefinisi tinggi menerusi USB atau online.

Produk ini dijadualkan untuk memasuki pasaran pada bulan Mei ini dengan harga sekitar 1,200 Yuan (RM640) .

Guandong Cable Network baru sahaja melabur sebanyak 12.50 juta yuan pada ZTE The9 untuk saham kongsian sebanyak 10%, yang akan menyediakan permainan berbayar, video dan perkhidmatan membaca kepada lebih dari 13 juta pelabur.

ZTE dan The9 akan berurusniaga dengan pembangun-pembangun permainan video untuk menambah lebih banyak game pada konsol Fun Box ini.

Item Reviewed: ZTE dan The9 Akan Lancarkan Konsol Permainan Video Description: Rating: 5 Reviewed By Afif Zafri

Share:

Popular Posts

© 2011 - Reaperz All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates DMCA.com